Khamis, 19 Mac 2009

Salam,semalam saya dan rakan pergi tengok wayang dekat KLCC
cerita Race To The Witch Mountain,dalam hati nak tengok
Sayang U Can Dance dan Saus Kacang tetapi ada yang tak setuju pulak
tak kisahla yang penting cerita tu best...Selepas tengok wayang,pergi pulak
kedai buku KINOKUNIYA,tak sah kalau pergi KLCC mesti inilah tempat yang perlu
dituju.Macam-macam bangsa ada dan pilihan buku yang senang dicari dalam
pelbagai variasi seperti novel,majalan,buku ilmiah,komik,peta(kalau tersesat dalam
negara sendiri).Tetapi saya pasti menuju ke novel dan majalah.Kadang-kadang
mata nie melilau kalau ada mamat hensem atau minah cun yang baju dan tudung
yang cantik...hehehehehehe

Assalamualaikum,sudah lama tidak update blog
masa selama 24 jam telah diisi dengan membaca novel,keluar dengan kawan
dan macam-macam lagi.Telah seminggu result Spm dikeluarkan
ada yang cemerlang dan ada juga sebaliknya,tapi saya bersyukur
walaupun result agak biasa tetapi ramai yang memberi dorongan
dah sokongan serta membuatkan saya mengalir airmata hanya pada
seorang hamba ALLAH(my aunt) dan juga kepadaNYA.Lulus
atau gagal semua otak adalah sama cuma kita perlu menggunakan
dengan sebaik mungkin ibarat kita menjaga maruah kita sendiri.
Dalam kehidupan kita banyak perkara yang diimpikan
menjadi kenyataan antara hendak berjumpa dengan sesesorang,
nak melancomg keluar negara,jadi wanita,perempuan,isteri,ibu
yang baik dan solehah terhadap orang yang telah mencuri hatinya,
tapi bagi saya jika kita susun segala perancangan pasti ia
menjadi kenyataan.Saya ingin berjumpa dengan KAER AZAMI
tetapi masih belum ketemu.Nak pergi Korea,Itali,Australia
banyak lagila.